28.8.11

khilaf!



atas khilaf itu, dia berhenti. merenung segenap inci kisah yang berlaku. dalam kesesakan itu, dia menangisi. menyoal Tuhan, kenapa semua ini terjadi.

terlalu mendengar. terlalu memikirkan. terlalu melayankan semua kejadian-kejadian. membuatkan dia semakin kerdil untuk terus berjalan. dia cuba mendepan, tapi langkahnya mengundur. dia mengundur ke belakang, tapi tapaknya termaju.

dia keliru di mana dia patut berada waktu itu. lemah, longlai dan lesu. seperti beban yang ditanggungnya terlalu payah dan mengecewakan.

dia kini menjadi orang yang dibenci atas khilafnya sendiri.



"ku tarik diri dari mendalami,

ku zalim masa dari menangisi,

sempit, aku payah dengan sekeliling,

sekarang ini, biarlah aku mati,

walau bukan di pangkuanmu,

di dada, mahupun ribamu"




p/s : dia adalah aku.

mengemis kemurahan Tuhan!




lembayung ramadhan makin hampir dikatupkan

langit lebaran semakin dekat dibentangkan

aku bercakap pada Tuhan

agar hati aku dan kalian

seluas langit dan bumi

cukup buat menampung dan mengampuni

segala laku silap yang pernah robekkan manusia sekeliling.

 
tatkala terbit fajar syawal nanti

seiring mengemis kemurahan Tuhan

agar aku dan kalian dikurnia tulusan sejati

bukan sekadar berbahasa basi

yang di mulut dan utuh juga dalam hati

sebagai bukti jujur semata salam maaf semua.

 
kerana aku dan kalian

cukup-cukup tahu dan sedar

yang keikhlasan sapa maaf bukan sekadar hujung bibir

tapi lebih harus buktikan pada Tuhan!

 
khusunya untuk kita

manusia dalam ruang “prognansa!”.


p/s : ini sekadar ucapan lebaran dari aku, khususnya juga dari teman-teman prognansa. dikit awal, tapi tak mengapa. bimbang kekangan masa nanti. sekurangnya, lafaz sudah ditulis lengkap.


27.8.11

cerah melolos!


angin menderu
dedaun gemersik.

mendung kelabu
mengamit guruh.

di fikiran
rintik rebas
menari ria.

tak terduga
cerah melolos
cemburu.

pena ku letak
kertas aku koyak
jadi sampah kaki lima.


p / s : lama juga tak menulis di sini, macam dikit kekok. tapi ia masih punya nyawa. 

21.8.11

Masih adakah ruang itu ?

Aku tahu aku tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang ,
aku tidak jatuh ke dalam mimpi mu .
Tidak ada jalan lain ,
engkau tahu aku cuba .

bila semua pesawat mengisi sudut langit ,
bila tangan dari atas memukul aku seperti lalat ,
bila aku akan mengikut laluan cahaya itu .

Masih adakah ruang untuk aku di hati mu ?
jika aku membawa semua kesedihan .
Masih adakah ruang itu ?

Selamat Hari Raya , Prognansa-ers !

maaf andai terbit bahasa tak indah ,

semoga raya kali ini lebih bermakna .




pecah kaca pecah gelas ,

sudah baca harap balas . :p

19.8.11

noktah!

kita adalah penyusun kata-kata sebelum noktah

memainkan naratif hambar yang terkadang indah

tapi jangan lupa tentang satu yang ini

selepas noktah sekalipun

nasib kita tetap juga di tangan Tuhan!.


p/s : banyak yang mungkin jadi, tanpa dikit aku sedari. kadang-kadang, ini buatkan aku seakan macam mimpi. tapi itulah. fikir-fikir balik, tiada guna mengeluh sana-sini. apa yang kita jalani, itu juga yang sudah Tuhan suratkan sejak azali. hujan lagi sini petang ini. barangkali dikit fahami hati-hati manusia yang sedang dalam perkiraan sendiri!.



18.8.11

tepu!




 

ke hadapan seluruhnya

aku memilih untuk diam

dan tidak bersuara.
 


p/s : kadang-kadang, apa yang kita harap. selalunya lebih baik dari kita suarakan. kalau bukan dengan lidah, mungkin cuma kita pendam diam-diam dalam hati.


16.8.11

Longkang .

hidup terkadang macam longkang ,

busuk , penuh sampah , teman binatang kotor .

marahnya kita pada hidup bila begini ,

marahnya kita pada hidup ? pada Sang Kuasa .

tak sedar Sang Kuasa sudah rencana semua .

sesekali langsung membahagiakan hati , terkadang bertentangan hati ini .

hanya perlu mensyukuri dan sedikit renungan .

berdoalah sentiasa , syukuri baik buruk yang dirasa .

seringkas serangkap Alhamdulillah .

saat kau berniat baik dan meminta yang terbaik , itulah yang kan Dia beri ,

terkadang seketika . . . seringkali harus lalui hari yang menguji hati .

longkang pun akan bersih bila di cuci .

telah!


telah aku nikahi bulan ini

dengan sabitnya sebagai mahar

di lekuknya letak pelamin.

 
setelah sepurnama

akan lahir anak

bernama syawal

tanda kesabaran dan cinta. 


p/s : ramadhan sudah sampai separuh. dan aku cuma menghitung hari untuk pulang ke kampung. rindu itu membuak-buak, disertakan dengan tugas seorang pelajar yang makin tinggi komitmen. saya sayang "prognansa"!

13.8.11

Boredom



because of boredom i just want to share this:

you know what, the funny thing about breakups
 is they point out what we didn't even know we had,
 but they don't give us the option of going back into battle armed with that knowledge.
+____+
whether you like it or not, you have to face it people <3










p/s: i miss my prognansa's crew. i miss their writing and everything 
~pqa *hugs and kisses

12.8.11



Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought




Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu


10.8.11

hadap!


waktu aku katakan yang ini sebenarnya jalan aku. aku mahu ianya menjadi suatu yang abadi untuk aku kenang. waktu aku kekal menetapkan dalam hati yang aku akan memilih ini. aku hambakan sepenuhnya hati aku ke Tuhan. dan apa jadi pun, tak akan aku susahkan siapa-siapa untuk ini kerana aku sendiri mahu.

pesan aku, janganlah kau mensia-siakannya. kerana waktu itu, aku judikan sepenuh nyawa aku. walau aku tahu akan ada suatu hari, nafasku bakal terhenti di situ.


-sedang dalam cantuman, doakan-


p/s : waktu yang akan kita hadap, berliku dan penuh segala rona. kita kuat, kita semangat, berkat Tuhan, semua kita mampu kacip kemas dalam geraham. minta doa ya, untuk " EXOTUS ENOSASI ". Tuhan juga, sedang perhati, dan biar saja DIA makbul perkenan.


Tolong



tolong jangan kacau hidup yang telah kau hina suatu ketika dahulu
tolong jangan nak berlakon jadi mangsa keadaan
tolong jangan nak menarik simpati orang
tolong jangan malukan muka sendiri
tolong jangan buat cerita seolah-olah kau lemah
tolong ambil segala yang kau mahu dan berambus 
tolong jangan main serkap jarang bila kau langsung tidak tahu pucuk pangkal cerita
tolong jangan muncul lagi
tolong pergi , pergi jauh-jauh dan jangan sesekali kau kembali
tolong jangan runtuhkan semangat yang telah aku ada untuk bangun
tolong jangan diungkit cerita yang sudah ternyata memang sudah lenyap
tolong, kerna aku sudah muak dengan permainan CELAKA manusia seperti kau
tolong biarkan aku hidup dengan aman jangan diseksa lagi aku seperti sampah !


sudah lama aku bersabar dan hari ini aku rasa seperti mahu pecah
 kerana terlalu memendam semua rasa kelat ini
maaf diri tak sempurna dan aku sedar tentang itu
 jadi rasanya tidak perlulah kau mengingatkan aku












p/s: maaf bukan niat untuk merosakkan blog ini dengan cacian kasar tapi hati sudah tidak boleh tahan dengan sandiwara semua orang. cukup sampai sini .sudah ku tanam kau dalam-dalam semadilah kau dengan aman dengan semua sandiwara yang telah kau cipta hadap lah semua CELAKA yang kau suka berbahagia lah kau dengan dunia kau dan jangan sesekali kau bangun dan kacau aku lagi. -__-

8.8.11

demi!

-sah-sah ada yang muak. balik-balik, gambar yang sama. cuma sekeping ini yang kami ada.-


kalau ini yang dinamakan kegilaan

aku rela mati didalamnya.

kalau ini yang dinamakan kebodohan

aku sanggup tolol untuk apa saja.

demi mereka.

demi kita.

dan paling utama

demi prognansa!


p/s : entahlah. ruang ini seperti terlalu dekat dengan hati. aku sendiri juga tak mampu untuk terangkan. mungkin sebab jiwa kami sama. peduli orang kata, yang utama kita senyum selama!.


7.8.11

berambus!

-tidak jatuh by fynn jamal-


saat kau menghina aku dengan rasa jijik yang paling bawah dalam hati kau. setiap sedu dan tangis yang jatuh buat aku berfikir kembali. betapa tidak layaknya seorang kau untuk hadir dan kembali dalam hidup aku kini.

setiap caci maki yang aku dapat, aku tahankan. aku tidak mengungkit walau sedikitpun, rasa tahi yang kau lemparkan. aku diam. aku tak mencari dan aku terus melupakan.

cukup untuk aku rangkul pada pinta Tuhan. biar aku tetap teguh, tidak lembik.

dan paling utama. tidak jatuh!




p/s : sedikit celaka. bila tanpa sebarang sebab, maki hamun hentak pada muka. buat manusia yang boleh aku gelar separa binatang, ini aku mahu pesan. kau cumalah mayat yang telah lama aku kebumikan. dan tidak pula aku akan lewat menziarahi, apatah lagi untuk aku doakan kesejahteraan. kau dah luput lenyap dalam dunia.

suara dikait tersirat!



menggilai seorang penyair membuatkan aku menjadi terlalu kedekut untuk berkongsi. meminati seorang penyanyi membuatkan aku jadi terus menanamkannya di dalam hati.

serius! aku mahu kongsi ini dengan marca dunia. benar-benar melodi ini sentuh jiwa manusia dalam bulan penghapus dosa.

tak percaya? silakan loading dan dengar.

gadis koma

demi Tuhan!
hari ini dia seperti ketakutan.
cantumkan setiap ayat dan kata-kata
membentuk semangat dan aura positif
untuk menampakkan bibit di muka.

dia persis gadis koma
di kanan akhirat di kiri dunia
sampai nanti Tuhan putuskan hidup atau matinya
baru dia tahu masih ramai yang mahu jadi nyawa untuk dia.

dia mungkin menjadi yang paling kecewa
dia juga berharap besar untuk menjadi yang paling gembira
yang lepas sudah teruk buat dia rebah
tapi berkat semangat yang sisa-sisa
dia kembali bangkit gah tanpa perlu siapa-siapa.

dia tak percaya magik atau keajaiban
yang dia percaya kuasa Tuhan
sekali ini dia minta ada sesuatu terjadi
ada anugerah dan keajaiban dikit
buka sedikit sahaja
untuk dia menuju ke pintu rumah kegembiraan.



p/s : tulis dari kisah seorang kawan. dia sedang dihadap emosi yang tiada hala. antara memilih sayang, atau utamakan nafkah hati yang dulunya sudah robek tanpa inci. pesan aku cuma saru. cukup aras satu, cukup dengan perihal yang lepas. tak perlu seksa hati, semata-mata tewas dengan pujuk dan yang dikatakan cinta. kadang-kadang tak perlu sampai hujung, di tengah jalan juga sudah kita jumpa apa yang dicari dari mula. iaitu kedamaian.

6.8.11

cantum-cantum abjad untuk ulangtahunnya!


waktu,
alam akan terus menari dalam simfoninya.
waktu,
manusia masih sama tak punya apa-apa.
waktu,
angka usia akan bergerak iring detiknya.

Tuhan ada kata,
"hanya AKUlah yang tahu umur manusia!"
sungguh cuma Tuhan,
yang arif tentang bila mahu diambil semula nikmat nyawa.

dan,
waktu,
setiap anjak saat ke angka,
memakukan manusia pada persimpangan,
antara memilih jalan Tuhan,
atau terus laknat ke arah setan laknat.

buat kamu,
malam yang lepas tarikh ulang lagi,
tatkala masa Tuhan celikkan kamu di dunia,
tatkala dari janin terlihatnya kamu sebagai manusia.

biarlah,
ini tak semahal berlian,
tak seharum mawar putih,
dan tidak juga seindah rangkaian puisi,
cuma yang aku punya,
ucapan sederhana yang merangkum segala,
bersama adanya doa setiap kata terucap.

kadangkala,
hadiah tidak semestinya wujud pada mata,
tapi selebihnya pada pemahaman tentang rasa,
betapa anugerah ukhuwah tingkatnya bernilai amat,
yang aku akan jaga sampai ke bila.

sejenak sempena tarikh kamu,
ucapan "selamat hari lahir" aku iring dikit sipi,
semoga kamu terus diperhati Tuhan,
biar surga terus ada dalam genggam itu,
dan semoga yang di sisi itu Tuhan sahaja!


p/s : dua hari lepas, hari lahir seorang teman. manusia yang aku kenal dari maya saja. yang eratkan kami, kerana cuma minat dan persepsi kami yang dikit sama. fragmen ini sekadar lahir dari yang tak dijangka. semata untuk ucapan buat dia. wakilkan aku yang cuma mampu berikan cantum-cantum abjad di hari istimewanya. yus, selamat hari lahir!

ghairah!

dunia aneh.

dunia durja.

dunia syahwat.

dunia beraja lahanat.

dunia berdarah sang iblis.

dunia berskrip ngomel bangsat.

dunia penuh momokan celaka.



p/s ; aku rasa dunia semakin mahu lihat manusia hilang dari isinya. memamah dari inci ke perca, hingga kuatnya sedikit demi sedikit tiada. seakannya makin cuba kerah sedaya kudrat untuk bertahan, semakin ghairah ia gelak berdekah. tertawakan betapanya lemahnya manusia dalam meredah marca hukum dunia. ada ketika, sepertinya pasrah. ada ketikanya juga, manusia sepertinya memaki hamun kerana hati yang tidak puas. betapanya penting, untuk manusia lebih memilih redha. kerana Tuhan punya alasan.

tentang keberadaan Tuhan!

di sebuah kedai makan tengah kota

Tuhan menghampiri jasad aku

dan bertanya

"mahu pesan apa"

aku tatap DIA dalam dalam

dan berkata

"hidupku" 


p/s : tentang keberadaan Tuhan buat manusia. tentang dengarnya Tuhan akan setiap mahunya manusia. walau di mana. walau di ceruk dunia!

1.8.11

mata air puasa


bila ingin melihat perkasanya jiwa
lihatlah seorang manusia yang sedang puasa
di hadapan sepiring nasi
dan segelas teh manis
di tengah terik matahari
dan perut melilit kelaparan
lalu
dia tak sedikitpun tergoyahkan.


hausnya jiwa dia
lenyap tak berbekas
setelah meneguk mata air puasa
yang janjikan berbukit-bukit pahala.


p/s : siang pertama setan-setan digari dalam penjara. siang pertama juga manusia-manusia yang merasa islam menjalani ibadat puasa. moga berkat sampai ke akhir.  bagaimana agaknya sesi kuliah dalam keadaan perut kosong. hohoho. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lesen Creative Commons
setiap tulisan dalam ruang "Prognansa" adalah hakcipta penulis dan dibawah : Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.