13.9.11

tiada!

tiada konspirasi
ia terlalu abstrak.

komposisi yang lari
menjerit ketaksamaan
campuran warna yang salah
melakar lukisan suram
di sebalik lanskap yang megah.

ilustrasi cinta sepenuh masa
bersalaman jujur tambah setia
komposisi lari
rapuh
kerana melodi
tidak seiring dengan lirik.
 
melodi maka tenggelam
terpaksa
dalam kekalutan
terpaksa.




p/s : maaf. itu saja.

9.9.11

benar

kenapa harus bergulingan disitu?
di kamar hati aku.

dan untuk kesekian kalinya
rasa ini masih untuk kamu.

kamu.


p/s : kosong, kadang berganti penuh.

8.9.11

pertama. bukan sebenar pertama!


tekak rapat tertutup erat
tiada kata tersekat lekat.

butuh kaki mahu sua kau
kudrat aku sia-sia
bangun aku tujah jua.

kau
tunggu usah
kelak lelah.

kau minta padam
kau minta hilang..

patuh aku pergi!



p/s : tentang perlunya melaku apa saja yang diminta dia. walau perit kelat, terus telan. asal puas terus saja milik dia. selama.

7.9.11

terlewatkan!

pergilah.

aku takkan teriak nama kamu lagi.
dalam hati kecil ini.


p/s : biarlah. kalau itu mahu kamu. asal bahagia itu tahu. kamu ada dalam doa aku!

5.9.11

kerna satu itu

kira satu detik
kerna satu itu
adalah rindu.

hela satu nafas
kerna satu itu
adalah cinta.

denyut satu nadi
kerna satu itu
adalah kamu.


p/s : kamu. adalah dia, dia spesifikasi buat nenda!


4.9.11

tsunami!


sering kali gagal

dalam memperteguhkan imannya

tapi usia usaha itu infiniti

asal punya mahu

segalanya jadi.


p/s : tentang lemahnya keteguhan pada Tuhan. tentang keralatan yang sering melanda macam tsunami.



3.9.11

lakon!


tika kita beribadat
dan sedar sesama manusia memerhatikan kita
langsung gerakan menjadi lebih tertib.

itu tandanya juga
kita menduakan tuhan.

tertib kerana manusia
bukan kerana pencipta.


p / s : tentang hebatnya manusia bila melakonkan watak untuk dilihat baik di mata orang.

 

maharani!


dalam genggam tangan aku

masih tersimpan bintang

yang terjaga rapi

istimewa untuk kamu

hingga sampai masa

akan kamu genggam

selamanya.


p / s : angan kosong lobong yang diteman bintan. untuk dikirim pada bulan.

2.9.11

kait!


satu suara terperangkap

dalam bungkusan lutsinar

tunggu untuk dipecahkan 

oleh semangat yang kuat.


p / s : selepas ia pecah, maka suara mula berbisik. menyebar harum yang terperangkap, untuk apa yang diharap. menunggu masa, untuk dia. semata tentang kaitan masa dengan seorang lelaki muda.

1.9.11

dan sebenarnya!



kami sanggup duduk menghadap kamu ketika kamu membelakangi kami, sambil rokok tersepit di celah dua jari.kami pernah letakkan wajah kamu di skrin hadapan telefon bimbit dan sebagai background laptop kami.

kami salin setiap satu tulisan kamu dan kami baca bila mahu rasakan pilu.

lihat hati kami ini.walaupun pecah, bagi kami kamu tidak pernah bersalah. walaupun dihina, bagi kami bukan kamu pelakunya.

lihat hati kami ini tersenyum bila kami dengar tawa kamu sedang sayup-sayup dari bangku sebelah. kami ikut ketawa bila kami sedar ada kamu dihadapan mata.

lihat hati kami ini.

sebenarnya tidak ada tempat untuk kamu lagi. tempat kamu dalam hati kami kamu sudah pecahkan sendiri.


p / s : dan sebenarnya. ia bukan lagu Yunalis. tapi ia adalah lagu hati, melodi suara. yang dipendam, dan kini sudah harus diluah, kerana nyatanya. kamu makin serlah, tak harus beri lagi muka. dan sebenarnya juga, aku sudah muak dan jeluak.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lesen Creative Commons
setiap tulisan dalam ruang "Prognansa" adalah hakcipta penulis dan dibawah : Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.