Memaparkan catatan dengan label zanibakri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zanibakri. Papar semua catatan

13.9.11

tiada!

tiada konspirasi
ia terlalu abstrak.

komposisi yang lari
menjerit ketaksamaan
campuran warna yang salah
melakar lukisan suram
di sebalik lanskap yang megah.

ilustrasi cinta sepenuh masa
bersalaman jujur tambah setia
komposisi lari
rapuh
kerana melodi
tidak seiring dengan lirik.
 
melodi maka tenggelam
terpaksa
dalam kekalutan
terpaksa.




p/s : maaf. itu saja.

9.9.11

benar

kenapa harus bergulingan disitu?
di kamar hati aku.

dan untuk kesekian kalinya
rasa ini masih untuk kamu.

kamu.


p/s : kosong, kadang berganti penuh.

8.9.11

pertama. bukan sebenar pertama!


tekak rapat tertutup erat
tiada kata tersekat lekat.

butuh kaki mahu sua kau
kudrat aku sia-sia
bangun aku tujah jua.

kau
tunggu usah
kelak lelah.

kau minta padam
kau minta hilang..

patuh aku pergi!



p/s : tentang perlunya melaku apa saja yang diminta dia. walau perit kelat, terus telan. asal puas terus saja milik dia. selama.

7.9.11

terlewatkan!

pergilah.

aku takkan teriak nama kamu lagi.
dalam hati kecil ini.


p/s : biarlah. kalau itu mahu kamu. asal bahagia itu tahu. kamu ada dalam doa aku!

5.9.11

kerna satu itu

kira satu detik
kerna satu itu
adalah rindu.

hela satu nafas
kerna satu itu
adalah cinta.

denyut satu nadi
kerna satu itu
adalah kamu.


p/s : kamu. adalah dia, dia spesifikasi buat nenda!


4.9.11

tsunami!


sering kali gagal

dalam memperteguhkan imannya

tapi usia usaha itu infiniti

asal punya mahu

segalanya jadi.


p/s : tentang lemahnya keteguhan pada Tuhan. tentang keralatan yang sering melanda macam tsunami.



3.9.11

lakon!


tika kita beribadat
dan sedar sesama manusia memerhatikan kita
langsung gerakan menjadi lebih tertib.

itu tandanya juga
kita menduakan tuhan.

tertib kerana manusia
bukan kerana pencipta.


p / s : tentang hebatnya manusia bila melakonkan watak untuk dilihat baik di mata orang.

 

maharani!


dalam genggam tangan aku

masih tersimpan bintang

yang terjaga rapi

istimewa untuk kamu

hingga sampai masa

akan kamu genggam

selamanya.


p / s : angan kosong lobong yang diteman bintan. untuk dikirim pada bulan.

2.9.11

kait!


satu suara terperangkap

dalam bungkusan lutsinar

tunggu untuk dipecahkan 

oleh semangat yang kuat.


p / s : selepas ia pecah, maka suara mula berbisik. menyebar harum yang terperangkap, untuk apa yang diharap. menunggu masa, untuk dia. semata tentang kaitan masa dengan seorang lelaki muda.

1.9.11

dan sebenarnya!



kami sanggup duduk menghadap kamu ketika kamu membelakangi kami, sambil rokok tersepit di celah dua jari.kami pernah letakkan wajah kamu di skrin hadapan telefon bimbit dan sebagai background laptop kami.

kami salin setiap satu tulisan kamu dan kami baca bila mahu rasakan pilu.

lihat hati kami ini.walaupun pecah, bagi kami kamu tidak pernah bersalah. walaupun dihina, bagi kami bukan kamu pelakunya.

lihat hati kami ini tersenyum bila kami dengar tawa kamu sedang sayup-sayup dari bangku sebelah. kami ikut ketawa bila kami sedar ada kamu dihadapan mata.

lihat hati kami ini.

sebenarnya tidak ada tempat untuk kamu lagi. tempat kamu dalam hati kami kamu sudah pecahkan sendiri.


p / s : dan sebenarnya. ia bukan lagu Yunalis. tapi ia adalah lagu hati, melodi suara. yang dipendam, dan kini sudah harus diluah, kerana nyatanya. kamu makin serlah, tak harus beri lagi muka. dan sebenarnya juga, aku sudah muak dan jeluak.


28.8.11

khilaf!



atas khilaf itu, dia berhenti. merenung segenap inci kisah yang berlaku. dalam kesesakan itu, dia menangisi. menyoal Tuhan, kenapa semua ini terjadi.

terlalu mendengar. terlalu memikirkan. terlalu melayankan semua kejadian-kejadian. membuatkan dia semakin kerdil untuk terus berjalan. dia cuba mendepan, tapi langkahnya mengundur. dia mengundur ke belakang, tapi tapaknya termaju.

dia keliru di mana dia patut berada waktu itu. lemah, longlai dan lesu. seperti beban yang ditanggungnya terlalu payah dan mengecewakan.

dia kini menjadi orang yang dibenci atas khilafnya sendiri.



"ku tarik diri dari mendalami,

ku zalim masa dari menangisi,

sempit, aku payah dengan sekeliling,

sekarang ini, biarlah aku mati,

walau bukan di pangkuanmu,

di dada, mahupun ribamu"




p/s : dia adalah aku.

mengemis kemurahan Tuhan!




lembayung ramadhan makin hampir dikatupkan

langit lebaran semakin dekat dibentangkan

aku bercakap pada Tuhan

agar hati aku dan kalian

seluas langit dan bumi

cukup buat menampung dan mengampuni

segala laku silap yang pernah robekkan manusia sekeliling.

 
tatkala terbit fajar syawal nanti

seiring mengemis kemurahan Tuhan

agar aku dan kalian dikurnia tulusan sejati

bukan sekadar berbahasa basi

yang di mulut dan utuh juga dalam hati

sebagai bukti jujur semata salam maaf semua.

 
kerana aku dan kalian

cukup-cukup tahu dan sedar

yang keikhlasan sapa maaf bukan sekadar hujung bibir

tapi lebih harus buktikan pada Tuhan!

 
khusunya untuk kita

manusia dalam ruang “prognansa!”.


p/s : ini sekadar ucapan lebaran dari aku, khususnya juga dari teman-teman prognansa. dikit awal, tapi tak mengapa. bimbang kekangan masa nanti. sekurangnya, lafaz sudah ditulis lengkap.


27.8.11

cerah melolos!


angin menderu
dedaun gemersik.

mendung kelabu
mengamit guruh.

di fikiran
rintik rebas
menari ria.

tak terduga
cerah melolos
cemburu.

pena ku letak
kertas aku koyak
jadi sampah kaki lima.


p / s : lama juga tak menulis di sini, macam dikit kekok. tapi ia masih punya nyawa. 

19.8.11

noktah!

kita adalah penyusun kata-kata sebelum noktah

memainkan naratif hambar yang terkadang indah

tapi jangan lupa tentang satu yang ini

selepas noktah sekalipun

nasib kita tetap juga di tangan Tuhan!.


p/s : banyak yang mungkin jadi, tanpa dikit aku sedari. kadang-kadang, ini buatkan aku seakan macam mimpi. tapi itulah. fikir-fikir balik, tiada guna mengeluh sana-sini. apa yang kita jalani, itu juga yang sudah Tuhan suratkan sejak azali. hujan lagi sini petang ini. barangkali dikit fahami hati-hati manusia yang sedang dalam perkiraan sendiri!.



18.8.11

tepu!




 

ke hadapan seluruhnya

aku memilih untuk diam

dan tidak bersuara.
 


p/s : kadang-kadang, apa yang kita harap. selalunya lebih baik dari kita suarakan. kalau bukan dengan lidah, mungkin cuma kita pendam diam-diam dalam hati.


16.8.11

telah!


telah aku nikahi bulan ini

dengan sabitnya sebagai mahar

di lekuknya letak pelamin.

 
setelah sepurnama

akan lahir anak

bernama syawal

tanda kesabaran dan cinta. 


p/s : ramadhan sudah sampai separuh. dan aku cuma menghitung hari untuk pulang ke kampung. rindu itu membuak-buak, disertakan dengan tugas seorang pelajar yang makin tinggi komitmen. saya sayang "prognansa"!

8.8.11

demi!

-sah-sah ada yang muak. balik-balik, gambar yang sama. cuma sekeping ini yang kami ada.-


kalau ini yang dinamakan kegilaan

aku rela mati didalamnya.

kalau ini yang dinamakan kebodohan

aku sanggup tolol untuk apa saja.

demi mereka.

demi kita.

dan paling utama

demi prognansa!


p/s : entahlah. ruang ini seperti terlalu dekat dengan hati. aku sendiri juga tak mampu untuk terangkan. mungkin sebab jiwa kami sama. peduli orang kata, yang utama kita senyum selama!.


7.8.11

berambus!

-tidak jatuh by fynn jamal-


saat kau menghina aku dengan rasa jijik yang paling bawah dalam hati kau. setiap sedu dan tangis yang jatuh buat aku berfikir kembali. betapa tidak layaknya seorang kau untuk hadir dan kembali dalam hidup aku kini.

setiap caci maki yang aku dapat, aku tahankan. aku tidak mengungkit walau sedikitpun, rasa tahi yang kau lemparkan. aku diam. aku tak mencari dan aku terus melupakan.

cukup untuk aku rangkul pada pinta Tuhan. biar aku tetap teguh, tidak lembik.

dan paling utama. tidak jatuh!




p/s : sedikit celaka. bila tanpa sebarang sebab, maki hamun hentak pada muka. buat manusia yang boleh aku gelar separa binatang, ini aku mahu pesan. kau cumalah mayat yang telah lama aku kebumikan. dan tidak pula aku akan lewat menziarahi, apatah lagi untuk aku doakan kesejahteraan. kau dah luput lenyap dalam dunia.

suara dikait tersirat!



menggilai seorang penyair membuatkan aku menjadi terlalu kedekut untuk berkongsi. meminati seorang penyanyi membuatkan aku jadi terus menanamkannya di dalam hati.

serius! aku mahu kongsi ini dengan marca dunia. benar-benar melodi ini sentuh jiwa manusia dalam bulan penghapus dosa.

tak percaya? silakan loading dan dengar.

gadis koma

demi Tuhan!
hari ini dia seperti ketakutan.
cantumkan setiap ayat dan kata-kata
membentuk semangat dan aura positif
untuk menampakkan bibit di muka.

dia persis gadis koma
di kanan akhirat di kiri dunia
sampai nanti Tuhan putuskan hidup atau matinya
baru dia tahu masih ramai yang mahu jadi nyawa untuk dia.

dia mungkin menjadi yang paling kecewa
dia juga berharap besar untuk menjadi yang paling gembira
yang lepas sudah teruk buat dia rebah
tapi berkat semangat yang sisa-sisa
dia kembali bangkit gah tanpa perlu siapa-siapa.

dia tak percaya magik atau keajaiban
yang dia percaya kuasa Tuhan
sekali ini dia minta ada sesuatu terjadi
ada anugerah dan keajaiban dikit
buka sedikit sahaja
untuk dia menuju ke pintu rumah kegembiraan.



p/s : tulis dari kisah seorang kawan. dia sedang dihadap emosi yang tiada hala. antara memilih sayang, atau utamakan nafkah hati yang dulunya sudah robek tanpa inci. pesan aku cuma saru. cukup aras satu, cukup dengan perihal yang lepas. tak perlu seksa hati, semata-mata tewas dengan pujuk dan yang dikatakan cinta. kadang-kadang tak perlu sampai hujung, di tengah jalan juga sudah kita jumpa apa yang dicari dari mula. iaitu kedamaian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lesen Creative Commons
setiap tulisan dalam ruang "Prognansa" adalah hakcipta penulis dan dibawah : Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.