prognansa
"hati monolog. minda teriak. kekunci ditempa"
5.9.11
kerna satu itu
kira satu detik
kerna satu itu
adalah rindu.
hela satu nafas
kerna satu itu
adalah cinta.
denyut satu nadi
kerna satu itu
adalah kamu.
p/s : kamu. adalah dia, dia spesifikasi buat nenda!
4.9.11
tsunami!
sering kali gagal
dalam memperteguhkan imannya
tapi usia usaha itu infiniti
asal punya mahu
segalanya jadi.
p/s : tentang lemahnya keteguhan pada Tuhan. tentang keralatan yang sering melanda macam tsunami.
3.9.11
lakon!
tika kita beribadat
dan sedar sesama manusia memerhatikan kita
langsung gerakan menjadi lebih tertib.
itu tandanya juga
kita menduakan tuhan.
tertib kerana manusia
bukan kerana pencipta.
p / s : tentang hebatnya manusia bila melakonkan watak untuk dilihat baik di mata orang.
maharani!
dalam genggam tangan aku
masih tersimpan bintang
yang terjaga rapi
istimewa untuk kamu
hingga sampai masa
akan kamu genggam
selamanya.
p / s : angan kosong lobong yang diteman bintan. untuk dikirim pada bulan.
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catatan (Atom)
LinkWithin
setiap tulisan dalam ruang "Prognansa" adalah hakcipta penulis dan dibawah :
Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons
.