27.7.11

sabar


 
teman
sabar itu sebenarnya
bak nyawa kita
maka genggam dan jagalah ia
sebarkan juga ia pada hati
pada jiwa
dan pada rasa.

kerana sabar itu 
adalah senjata paling ampuh,
hingga bisa membuat rintangan yang sukar 
menjadi rapuh
lalu luluh.


p/s : tulis ini dari kacamata seorang teman. dia sedang mengerah segala daya, menerima sebuah suratan yang agak memeritkan. aku cuma harap dia terus kuat, dan sabar. kerana aku pasti, ada sinar buat dia di depan sana. dan buat dia, usah bimbang. meski kamu hilang dia, tapi kami akan selalu ada. dan kamu tahu siapa kamu, dan kamu kenal sapa "kami". kuat ya!

2 ulasan:

nursyafiqah berkata...

"teman" itu harus kuat menempuh segala dugaan. ada hikmah di sebalik kejadian. walaupun perit. ;)

narraka88 berkata...

kita kuat, jangan lemah. yang lepas, biar lepas. kita tak perlu ingat. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lesen Creative Commons
setiap tulisan dalam ruang "Prognansa" adalah hakcipta penulis dan dibawah : Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.