30.7.11

yang tua, penuh kenangan.


bila datang nanti cuba kau lihat di belakang sana.
lihat terus pada yang lusuh selekeh dan berhabuk itu.
lihat pada yang bergerutu, berkerak dan berdaki itu.
lihat pada gerobok buruk yang menunggu masa untuk roboh itu.
sebab gerobok buruk itu punya segala rahsia silam aku.

dalam gerobok buruk itu aku simpan hati aku yang pernah rapuh.
dalam gerobok buruk itu aku simpan titis-titis airmata aku yang hampir jatuh.
dalam gerobok buruk itu aku letak rasa aku yang dah separuh musnah.
dan dalam gerobok buruk itu aku campak segala kekecewaan aku.

tapi,
dalam gerobok buruk itu juga aku simpan perasaan aku yang pernah berbunga.
dalam gerobok buruk itu juga aku tanam cinta aku pada si dia.
dalam gerobok buruk itu juga aku susun jiwa aku yang terlukis indah.
dan dalam gerobok buruk itu juga aku pelihara kenangan manis yang pernah ada.

hati terlalu sayang pada gerobok buruk.
sebab dalam gerobok buruk itu aku simpan semua.
 
 
p/s : ini adalah tulisan lama. pernah aku kongsi dalam nota mukabuku. entah, tulisan ini aku rasa ingin lampir sekali lagi. barangkali dikit dekat dengan apa yang jadi. kerana, kita tak pernah lepas untuk hidup dalam pengalaman.

1 ulasan:

hafeiz berkata...

gerobok yg bawah katil 2 ke?..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lesen Creative Commons
setiap tulisan dalam ruang "Prognansa" adalah hakcipta penulis dan dibawah : Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.