6.8.11

cantum-cantum abjad untuk ulangtahunnya!


waktu,
alam akan terus menari dalam simfoninya.
waktu,
manusia masih sama tak punya apa-apa.
waktu,
angka usia akan bergerak iring detiknya.

Tuhan ada kata,
"hanya AKUlah yang tahu umur manusia!"
sungguh cuma Tuhan,
yang arif tentang bila mahu diambil semula nikmat nyawa.

dan,
waktu,
setiap anjak saat ke angka,
memakukan manusia pada persimpangan,
antara memilih jalan Tuhan,
atau terus laknat ke arah setan laknat.

buat kamu,
malam yang lepas tarikh ulang lagi,
tatkala masa Tuhan celikkan kamu di dunia,
tatkala dari janin terlihatnya kamu sebagai manusia.

biarlah,
ini tak semahal berlian,
tak seharum mawar putih,
dan tidak juga seindah rangkaian puisi,
cuma yang aku punya,
ucapan sederhana yang merangkum segala,
bersama adanya doa setiap kata terucap.

kadangkala,
hadiah tidak semestinya wujud pada mata,
tapi selebihnya pada pemahaman tentang rasa,
betapa anugerah ukhuwah tingkatnya bernilai amat,
yang aku akan jaga sampai ke bila.

sejenak sempena tarikh kamu,
ucapan "selamat hari lahir" aku iring dikit sipi,
semoga kamu terus diperhati Tuhan,
biar surga terus ada dalam genggam itu,
dan semoga yang di sisi itu Tuhan sahaja!


p/s : dua hari lepas, hari lahir seorang teman. manusia yang aku kenal dari maya saja. yang eratkan kami, kerana cuma minat dan persepsi kami yang dikit sama. fragmen ini sekadar lahir dari yang tak dijangka. semata untuk ucapan buat dia. wakilkan aku yang cuma mampu berikan cantum-cantum abjad di hari istimewanya. yus, selamat hari lahir!

1 ulasan:

yused berkata...

urghh! thanks a lot man! sumpah terharu! bodoh bodoh! :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lesen Creative Commons
setiap tulisan dalam ruang "Prognansa" adalah hakcipta penulis dan dibawah : Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.