7.8.11

gadis koma

demi Tuhan!
hari ini dia seperti ketakutan.
cantumkan setiap ayat dan kata-kata
membentuk semangat dan aura positif
untuk menampakkan bibit di muka.

dia persis gadis koma
di kanan akhirat di kiri dunia
sampai nanti Tuhan putuskan hidup atau matinya
baru dia tahu masih ramai yang mahu jadi nyawa untuk dia.

dia mungkin menjadi yang paling kecewa
dia juga berharap besar untuk menjadi yang paling gembira
yang lepas sudah teruk buat dia rebah
tapi berkat semangat yang sisa-sisa
dia kembali bangkit gah tanpa perlu siapa-siapa.

dia tak percaya magik atau keajaiban
yang dia percaya kuasa Tuhan
sekali ini dia minta ada sesuatu terjadi
ada anugerah dan keajaiban dikit
buka sedikit sahaja
untuk dia menuju ke pintu rumah kegembiraan.



p/s : tulis dari kisah seorang kawan. dia sedang dihadap emosi yang tiada hala. antara memilih sayang, atau utamakan nafkah hati yang dulunya sudah robek tanpa inci. pesan aku cuma saru. cukup aras satu, cukup dengan perihal yang lepas. tak perlu seksa hati, semata-mata tewas dengan pujuk dan yang dikatakan cinta. kadang-kadang tak perlu sampai hujung, di tengah jalan juga sudah kita jumpa apa yang dicari dari mula. iaitu kedamaian.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lesen Creative Commons
setiap tulisan dalam ruang "Prognansa" adalah hakcipta penulis dan dibawah : Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-TiadaTerbitan 2.5 Malaysia Creative Commons.